PENGUMUMAN

MM

Wednesday, September 22, 2010

JADUAL WAKTU ANJAL DAN KELAS TAMBAHAN

Jadual waktu anjal telah mula dijalankan pada hari ini iaitu 22 September 2010. Anda perlu berada di kelas masing-masing dan hanya waktu Agama sahaja pelajar Islam akan berada di kelas Pendidikan Islam manakala pelajar yang tidak mengambil Pendidikan Islam, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kelas anjal akan dibuat dengan membuat latihan Matematik.

Kelas Tambahan pula mula berjalan seperti biasa jadi cikgu harap pelajar dapat menghadirkan diri kerana terdapat banyak tip-tip yang berguna untuk anda bagi menghadapi peperiksaan kali ini. Persediaan di saat-saat akhir cikgu harap kamu dapat elakkan.

Jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berjumpa dengan cikgu Widad atau Cikgu Nik Syafirin

Cikgu berharap semua pelajar sudah berada dalam keadaan hampir 100% bersedia bagi menghadapi peperiksaan kali ini.

PENGUMUMAN: JADUAL PEPERIKSAAN PMR 2010

Jadual peperiksaan PMR 2010 telah pun diedarkan kepada pelajar melalui guru tingkatan anda. anda diminta untuk menandatangani surat akuan terima dan mengisi borang khas di akhir muka surat jadual tersebut. Sila berjumpa dengan Pn. Widad jika pelajar mempunyai apa-apa masalah.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya maaf zahir dan batin saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Semoga tahunini kita mendapat banyak keberkataan selepas sebulan kita berpuasa.